DBKL 24/04/2025

PENGANJURAN PROGRAM KUALA LUMPUR AIDILFITRI CELEBRATION 2025, ANJURAN JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN, PELANCONGAN DAN SUKAN, DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melalui Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan (JKKPS) akan menganjurkan Program Kuala Lumpur Aidilfitri Celebration 2025. Sehubungan itu, saya amat berbesar hati menjemput YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan untuk hadir sama seperti ketetapan berikut.

Tarikh:24hb April 2025 (Khamis)

Masa:11.30 pagi hingga 2.00 petang

Tempat:Flag Pole, Dataran Merdeka

3. Kesudian YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan untuk hadir ke majlis ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Bersama-sama ini disertakan link URL untuk pengesahan kehadiran (RSVP) (sebelum atau pada 23hb April 2025 jam 3.00 petang) dan aturcara majlis untuk maklumbalas dan perhatian YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan.

https://tinyurl.com/KLeid2025RSVP

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *